Posts

Showing posts from March, 2017

KULIT CANTIK DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BAIK

Image
1. Sayur hijau dan merah Di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli. 2. Daging merah Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi. 3. Ikan Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya. 4. Kacang hijau Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat. 5. Makanan dari gandum Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk memb

REMPAH RATUS MENCANTIKKAN KULIT

Image
Rawatan wajah tidak semestinya memerlukan produk yang mahal, sebaliknya bahan semula jadi yang terdapat di dapur rumah seperti rempah-ratus juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan itu. Lada, kunyit, halia, paprika, bunga cengkih dan buah pala misalnya mempunyai kandungan yang baik untuk kulit. Selain menjimatkan wang, kaedah semula jadi ini lebih selamat untuk kulit dan terhindar daripada bahan kimia berbahaya. 1. Lada Sifat biji lada yang menghangatkan, melancarkan peredaran darah dan berfungsi sebagai antibakteria menjadikan ia sesuai sebagai bahan lulur. Ia dapat menyingkirkan bintik hitam pada permukaan kulit. Caranya, campurkan satu sudu lada yang sudah ditumbuk dengan satu sudu teh yogurt lalu oleskan pada permukaan kulit yang mempunyai bintik hitam. Cuci bersih wajah selepas tujuh minit. 2. Halia Halian boleh dijadikan tonik kerana kandungannya dapat merangsang kitaran kulit dan mampu mengembalikan daya hidup kulit tanpa menyebabkan iritasi atau keradangan