KULIT CANTIK DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BAIK




1. Sayur hijau dan merah
Di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.

2. Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.

3. Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.

4. Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

5. Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh dan hindarkan daripada penyebab kulit kering dan kusam.

6. Yogurt
Yoghurt bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula.

7. Beras merah
Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.

8. Avokado
Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.

9. Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh.

10. Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN VANILLA

90% LELAKI SUKA WANITA BERKULIT CERAH

KULIT MULA CANTIK DENGAN DRESELLA JUICE