REMPAH RATUS MENCANTIKKAN KULIT





Rawatan wajah tidak semestinya memerlukan produk yang mahal, sebaliknya bahan semula jadi yang terdapat di dapur rumah seperti rempah-ratus juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan itu.

Lada, kunyit, halia, paprika, bunga cengkih dan buah pala misalnya mempunyai kandungan yang baik untuk kulit. Selain menjimatkan wang, kaedah semula jadi ini lebih selamat untuk kulit dan terhindar daripada bahan kimia berbahaya.

1. Lada
Sifat biji lada yang menghangatkan, melancarkan peredaran darah dan berfungsi sebagai antibakteria menjadikan ia sesuai sebagai bahan lulur. Ia dapat menyingkirkan bintik hitam pada permukaan kulit.

Caranya, campurkan satu sudu lada yang sudah ditumbuk dengan satu sudu teh yogurt lalu oleskan pada permukaan kulit yang mempunyai bintik hitam. Cuci bersih wajah selepas tujuh minit.

2. Halia
Halian boleh dijadikan tonik kerana kandungannya dapat merangsang kitaran kulit dan mampu mengembalikan daya hidup kulit tanpa menyebabkan iritasi atau keradangan.

Oleskan hirisan halia segar pada kulit yang sudah dibersihkan terutama di bahagian yang paling berminyak dan banyak jerawat seperti dahi, pipi dan dagu. Biarkan selama lebih kurang 20 minit hingga air halia meresap ke dalam kulit sebelum dibilas hingga bersih.

3. Bunga cengkih
Cengkih mengandung polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan bersifat antikuman.

Cengkih kalau dioles pada muka akan menjadi pencuci yang efektif untuk membersihkan kulit daripada sisa solekan, kotoran dan juga bakteria. Selain itu, baunya dapat menenangkan, sekali gus berfungsi sebagai aroma terapi.

4. Kunyit
Kunyit me­ngandung curcumin yang berfungsi sebagai antikanser dan antioksidan. Selain itu, ia menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan kulit daripada bahan tidak berguna yang menempel di permukaannya.

5. Paprika
Paprika kaya vitamin A dan C adalah antioksidan yang mencegah radikal bebas merosakkan kolagen di dalam kulit dan boleh membuatkan anda awet muda.Dua sudu teh serbuk paprika sudah mampu memenuhi 30 peratus keperluan vitamin A dalam sehari.

6. Buah pala
Buah pala mengandungi bahan antikeradangan yang dapat mencegah terjadinya radang pada kulit dan dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kurap dan dermatitis.

Buah pala juga dikatakan mampu mencerahkan kulit dan memudarkan bekas jerawat. Caranya, campurkan serbuk pala dengan madu dan oleskan pada bekas jerawat. Jika dilakukan secara rutin, bekas jerawat akan pudar.

7. Kulit kayu manis
Kulit kayu manis mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh antaranya dapat melancarkan peredaran darah dan berfungsi sebagai antibakteria.

Untuk merawat jerawat, caranya dengan menyapukan serbuk kayu manis yang sudah dicampur dengan sedikit air pada kulit yang mengalami jerawat. Dalam beberapa hari jerawat akan cepat mengering

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN VANILLA

90% LELAKI SUKA WANITA BERKULIT CERAH

KULIT MULA CANTIK DENGAN DRESELLA JUICE