KELEBIHAN BUAH KURMA
Buah kurma merupakan sejenis buah-buahan yang tidak asing lagi, bahkan cukup sinonim dengan masyarakat Muslim di seantero dunia.
Buah kurma kebiasaannya mendapat sambutan dan permintaan tinggi terutama apabila tiba bulan Ramadan di mana seluruh umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa.
Amalan memakan buah kurma merupakan suatu sunnah yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang terdapat dalam hadith-hadith. Antaranya ialah:
1) Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: "Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil." (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).
2) Abu Daud dan Tarmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah dia berbuka dengan air kerana air tu bersih lagi membersihkan. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa. Kajian sains terkini turut memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi kebanyakkan nutrien penting yang diperlukan badan. Sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.
Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang terawih pada malam hari sepanjang Ramadan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Kelebihan ini menjadikan buah kurma sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.
Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, rifoflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi.
Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.
Kurma dan produk berasakan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.
Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:
1) Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.
2) Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
3) Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
4) Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
5) Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis disamping menyihatkan sel darah merah.
6) Mencegah lemat otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.
Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan bukan hanya pada bulan Ramadan, malah bila-bila masa sahaja.
Kelebihan buah kurma ini bukan sahaja untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia. Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah.
PM/SMS/Whatsapp "Cinta" ke 017-4747300 / 016-3119411 Sekarang
PM/SMS/Whatsapp "Cinta" ke 017-4747300 / 016-3119411 Sekarang
PM/SMS/Whatsapp "Cinta" ke 017-4747300 / 016-3119411 Sekarang
Comments
Post a Comment